@ruschan_jou:

Ruschanjouma
Ruschanjouma
Open In TikTok:
Region: DE
Tuesday 01 September 2026 20:35:59 GMT
2161
207
8
27

Music

Download

Comments

fauad1.nichan
Fauad1 Nichan :
:¨ ·.· ¨: 🌸`· . R
2026-09-01 22:49:30
0
delilahmed1
❤dlo Qamishlo ❤ :
❤️
2026-09-01 21:24:19
0
fauad1.nichan
Fauad1 Nichan :
2026-09-01 22:49:00
0
vivanapoli.pizza
Vivanapoli Notodden :
biji
2026-09-01 20:53:38
0
ahmad179ahmed
Ahmad179 :
😍😍😍
2026-09-01 21:28:05
0
fauad1.nichan
Fauad1 Nichan :
🌺🌸🌺
2026-09-01 22:49:49
0
fauad1.nichan
Fauad1 Nichan :
😍😍🥰
2026-09-01 22:50:03
0
To see more videos from user @ruschan_jou, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Festival Buku Pantai Timur 2026 Kukuh Budaya Ilmu, Himpun 40 Pempamer Kuala Nerus, 30 Ogos 2026 – Festival Buku Pantai Timur 2026 (FBPT 2026) mencatat kejayaan memberangsangkan apabila berjaya menarik  pengunjung sepanjang penganjurannya, sekali gus memperlihatkan sambutan positif masyarakat terhadap industri buku dan penerbitan ilmiah. Penganjuran sulung festival itu menghimpunkan 40 pempamer, termasuk 34 penerbit di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) serta penerbit komersial, selain menghimpunkan penulis, penyelidik dan masyarakat dalam satu wadah yang mengangkat penerbitan sebagai wahana pembangunan ilmu di Pantai Timur. Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam berkata, kejayaan FBPT 2026 membuktikan industri penerbitan buku kekal relevan dan berperanan penting dalam membina masyarakat berilmu. Menurut beliau, penganjuran festival berkenaan mempunyai nilai yang signifikan kerana buat julung kalinya penerbit universiti, penerbit komersial, penulis, penyelidik dan masyarakat dihimpunkan dalam satu platform yang sama. “Lebih membanggakan, inilah penganjuran sulung yang menghimpunkan penerbit universiti, penerbit komersial, penulis, penyelidik dan masyarakat dalam satu wadah yang mengangkat penerbitan sebagai wahana pembangunan ilmu di Pantai Timur,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Festival Buku Pantai Timur 2026. Dalam pada itu, majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran Sistem UniPRESS, iaitu sistem pengurusan manuskrip yang dibangunkan bagi memperkasa kecekapan proses penerbitan di UniSZA. Sistem tersebut membolehkan proses penghantaran manuskrip, semakan status, maklum balas serta pengurusan data penulis dilaksanakan secara lebih sistematik dan tersusun. Naib Canselor berkata, pelaksanaan UniPRESS mencerminkan langkah proaktif UniSZA dalam memperkukuh ekosistem penerbitan seiring dengan perkembangan teknologi dan perubahan landskap penerbitan masa kini. “Dalam era kecerdasan buatan, penerbitan berautoriti dan berintegriti kekal penting sebagai wahana ilmu yang sahih. “Teknologi mempercepatkan penyebaran maklumat, manakala penerbitan berkualiti membentuk kefahaman, mencabar pemikiran dan memperkaya perspektif,” katanya. Beliau turut menegaskan bahawa masa depan penerbitan bukanlah persaingan antara buku dengan teknologi, sebaliknya terletak pada sinergi kedua-duanya dalam memperluas akses masyarakat kepada ilmu pengetahuan. Mengulas perkembangan FBPT pada masa akan datang, beliau yakin festival berkenaan mampu terus berkembang sebagai platform yang memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi, industri penerbitan dan masyarakat. Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar terus memperkasa budaya membaca, penulisan dan penerbitan ilmiah supaya ilmu kekal menjadi asas pembangunan negara serta legasi sesebuah universiti. @Kementerian Pendidikan Tinggi @ZambryAbdKadir  @Profesor Dato' Dr. Fadzli bin  Penerbit UniSZA #unisza  #fyp  #ilmudemifaedahinsan #festivalbukupantaitimur2026

About