@lobakmerahmy: Ramai yang tertanya keadaan terkini seekor gajah liar jantan yang dikenali sebagai Sulong. Beberapa hari lalu, Sulong dilihat berkeliaran di sepanjang Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dalam keadaan cedera sebelum memasuki hutan di Kelantan, namun dikatakan dikesan semula di Gerik, Perak sekali gus membuatkan orang ramai berasa bimbang dengan keadaan haiwan tersebut. Namun, dalam perkembangan terbaharu, Sulong dilaporkan telah dipindahkan dan dibawa ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Menurut sumber, perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang memaklumkan Sulong dipercayai telah diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Batu Melintang. P/s: Video di atas bukan hak milik Lobak Merah dan kami telah meletakkan kredit kepada pemilik video. Sekiranya anda ingin menurunkan sebarang video, Sila DM kami dalam kadar segera. Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Wednesday 02 September 2026 03:40:52 GMT
Music
Download
Comments
Dee | Mandarin Lǎoshī :
Alhamdulillah moga yg baik2 utk sulong 🥺
2026-09-02 03:43:43
8
- KimShinツ࿐ :
Alhamdulillah, akhirnya dia selamat & dapat rumah baru yg sesuai
2026-09-02 04:41:11
3
SIMBAI_SALIK :
moga yg terbaik utk sulong
2026-09-02 04:43:13
1
billaa⋆. 𐙚 ˚ :
first dpt apa min
2026-09-02 03:44:09
0
daneanasir :
Bawak dah yea👍 .. semoga die baik2 tpt yg dibawa tu
2026-09-02 03:50:36
0
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.