@maznah_subri: Sebanyak 33 buah syarikat telah dilesenkan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan pakej bagi Musim Haji 1448H/2027M. Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan Bakal Haji 1448H/2027M supaya hanya berurusan dengan PJH yang sah dan dilesenkan oleh TH. Tawaran pakej haji oleh pihak yang tidak berlesen merupakan satu kesalahan di bawah Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Layari www.tabunghaji.gov.my/bm/pengelola untuk maklumat lanjut mengenai PJH. #haji #makkah #madinah #tiktok #tabunghaji
Perjalanan telah bermula buat Bakal Haji 1448H/2027M.
Peringatan awal telah dihantar pada bulan Julai, diikuti dengan pengumuman senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH. Tidak lama lagi, pengumuman kos dan bayaran haji pula akan menyusul.
Garis masa ini memberikan gambaran keseluruhan perjalanan Bakal Haji 1448H/2027M, daripada peringatan awal, persiapan dan urusan sebelum berangkat ke Tanah Suci, sehinggalah selesai menunaikan ibadah haji dan kembali ke tanah air.
Ikuti setiap langkah dan persiapkan diri mengikut masanya. Semoga dipermudah segala urusan buat #BakalHaji1448H.
2026-09-02 17:01:17
0
To see more videos from user @maznah_subri, please go to the Tikwm
homepage.