@insafftraveltours: ALHAMDULILLAH, IN SAFF TERIMA LESEN PJH BUAT KALI KE-3 | 1448H / 2027M Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. sekali lagi menerima kepercayaan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim Haji 1448H / 2027M. Penganugerahan lesen PJH buat kali ke-3 ini merupakan satu amanah besar serta pengiktirafan terhadap komitmen In Saff dalam memberikan perkhidmatan pengurusan ibadah haji yang amanah, profesional dan berkualiti. Insya-Allah, kami akan terus berusaha memberikan bimbingan dan perkhidmatan terbaik demi memastikan perjalanan ibadah para jemaah lebih teratur, selesa dan bermakna. Terima kasih atas kepercayaan yang terus diberikan kepada In Saff Travel & Tours. 🤲🏻 In Saff Dulu, Baru Haji. #InSaffTravel #Haji2027 #Haji1448H #PJH #PengelolaJemaahHaji