@icujpmsarawak: Semarakkan perpaduan, kibarkan Jalur Gemilang! Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM Sarawak) telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Penutupan Bulan Kebangsaan 2026 yang dihadiri secara fizikal dan dalam talian (online) oleh warga kerja dari seluruh zon. Sepanjang bulan Ogos yang lalu, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi membangkitkan semangat patriotisme dan mengeratkan silaturahim seluruh warga kerja, antaranya: * Larian Virtual Run 69km Jiwa Merdeka ICU JPM Sarawak 2026 Memupuk gaya hidup sihat sambil menyemarakkan jiwa merdeka. * Cabaran Ilmu Kemerdekaan 2026 (Kahoot) Menguji kecerdasan dan pengetahuan berkaitan sejarah serta identiti negara. * Pertandingan Dekorasi Ruang Patriotik Sempena Hari Kemerdekaan Menyerlahkan kreativiti dan semangat cintakan negara menerusi hiasan ruang kerja. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta seluruh warga ICU JPM Sarawak yang telah memberikan komitmen padu sepanjang program berlangsung. Walaupun tirai Bulan Kebangsaan dilabuhkan, semoga nilai perpaduan, kebersamaan, dan jiwa merdeka terus mekar dalam sanubari kita demi memajukan perkhidmatan dan negara. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati Segulai Sejalai, Dirgahayu Malaysiaku! 🇲🇾✨ #SelamatHariKebangsaan2026 #ICUJPMSarawak #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja

ICU JPM SARAWAK
ICU JPM SARAWAK
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 02 September 2026 07:30:29 GMT
561
18
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @icujpmsarawak, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About