@corporatestillness: Melihat Tun Dr. Mahathir, pada usia 101 tahun, masih bersemangat hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan, terdetik juga - apa agaknya yang bermain di fikiran Tun ketika melihat Malaysia hari ini? Di hadapannya, Putrajaya - pusat pentadbiran negara yang pembangunannya begitu sinonim dengan visi dan era kepimpinan beliau. Lebih empat dekad sejak beliau pertama kali menjadi Perdana Menteri. Malaysia berubah. Dunia berubah. Generasi berganti. Lima nasihatnya nampak sederhana: jangan mudah mengalah, cari ilmu, bersaing dengan diri sendiri, berfikir sebelum bertindak dan jujur dengan diri sendiri. Namun nilai sebuah nasihat bukan pada betapa hebat bunyinya, tetapi sejauh mana ia kekal relevan dan terus memberi impak merentas zaman dan generasi. Different generation. Different challenges. Yet some values continue to stand the test of time. Mungkin itulah nilai sebuah pengalaman yang panjang. Kita tidak perlu bersetuju dengan semuanya untuk mengakui bahawa sentiasa ada sesuatu yang boleh dipelajari. Yang baik kita ambil sebagai pelajaran. Yang selebihnya, sejarah akan terus menilai. #MahathirMohamad #TunMahathir #nasihat #StrategicReflections #CorporateStillness
FA | Strategic Reflections
Region: MY
Wednesday 02 September 2026 09:52:32 GMT
Music
Download
Comments
azizihishamabdulk :
Tun m my best prime minister . ❤️❤️❤️❤️❤️❤️🤟🤟🤟..
2026-09-02 11:26:56
7
FA | Strategic Reflections :
Mixed feelings bila melihat Tun hari ini di kerusi roda, masih bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan… sambil mengimbau perjalanan Malaysia sepanjang era kepimpinan beliau. Bangga, gembira, sebak - semuanya ada.
🇲🇾
Terima kasih, Tun Mahathir. Semoga Allah SWT mengurniakan Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah kesihatan yang baik, usia yang diberkati serta sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya. 🤲
2026-09-02 09:53:13
26
Faidzul Amri Radzhi :
ex PM yg aku paling salute..aku hidup zaman Tun M.. Malaysia di mata Dunia pun disebabkan beliau..PM yg pk mase depan rakyat..ade beberapa Kali beliau menangis bila sebut psl rakyat mase berucap..menteri skrg byk menari je..bila berucap byk hentam org..menyampah betul
2026-09-02 13:43:25
16
🌷نور :
Klau boleh nk tgok Tun M sentiasa sihat jer mcm dulu... 🤲🏻🤲🏻
2026-09-02 13:00:12
10
m sham :
Jgn lak ada yg claim.. Dia yg bg idea nasihat2 tu kat Tun 😂😂
2026-09-02 15:39:26
6
olie71 :
semoga Tun M sentiasa berada dlm rahmat Allah swt. kurniakanlah kesihatan yg baik² utk Tun M.
2026-09-02 16:01:55
1
maimunahmai346 :
Alhamdulillah Tun M terbaik 👍👍👍
2026-09-03 00:27:44
0
Gayong TVET Martial Arts :
Terbaik
2026-09-03 03:11:47
0
Lengloyyy :
Terima kasih Tun Mahathir. Jasamu tetap kukenang sampai bila bila.
2026-09-03 03:32:28
0
Nazri Lucky :
5 nasihat emas.. Tun Dr Mahathir.. yang masih relevan sampai hari ini.. 31. 08. 2026.. hari kebangsaan ke 69..
baca caption terusnya di bawah ini..
2026-09-03 04:05:37
0
VANDIT :
👍👍👍
2026-09-02 12:58:25
2
ROSLEE AWANG :
👋👋👋👋👋👋👋👋👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻🤲🏻💪😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹💙💙💙💙💙💙💙
2026-09-03 01:40:45
0
Mohammad Alias Ibrah :
🥰🥰🥰
2026-09-02 16:12:04
0
To see more videos from user @corporatestillness, please go to the Tikwm
homepage.