@bicara.iman: #PetikanCeramah #ustazAzharIdrus Solat jamak dan qasar adalah kelonggaran (rukhsah) daripada Allah SWT bagi individu yang bermusafir. Hadis tentang solat jamak dan qasar bagi musafir Solat jamak dan qasar adalah kelonggaran (rukhsah) daripada Allah SWT bagi individu yang bermusafir. Dalil Al-Quran dan Hadis Surah an-Nisa' ayat 101: "Apabila kamu musafir di atas muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang." Hadis daripada Anas bin Malik RA: "Nabi SAW solat Zohor di Madinah empat rakaat, dan solat Asar di Zul Hulaifah dua rakaat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Hadis daripada Mu’azah RA: Bahawa Rasulullah SAW ketika dalam peperangan Tabuk, jika baginda bertolak sebelum tergelincir matahari, baginda melewatkan solat Zohor sehingga baginda menjamakannya dengan Asar. Jika baginda bertolak selepas tergelincir matahari, baginda solat Zohor dan Asar serentak (jamak taqdim) sebelum memulakan perjalanan. (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)