@cidrmp: 𝗗𝗨𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗖𝗨𝗥𝗜 𝗠𝗢𝗧𝗢𝗦𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 TUMPAT, 2 September 2026: Dua lelaki tempatan berusia 33 dan 35 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tumpat hari ini atas pertuduhan mencuri motosikal. 3 Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 379A/34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 1 hingga 7 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan. Perbuatan jenayah tersebut didakwa dilakukan oleh tertuduh-tertuduh pada 11 Ogos yang lalu, dimana mereka didakwa telah melarikan sebuah motosikal milik seorang pemancing, di atas tebing sungai Pasir Pekan Hulu Wakaf Baru, Tumpat. Mangsa yang sedang memancing, terdengar bunyi motosikal miliknya dihidupkan, sebelum bergegas ke lokasi terakhir motosikal diletakkan, dan mendapati motosikal miliknya telah dilarikan. Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tumpat telah menggerakkan Op Lejang dan telah berjaya memberkas tertuduh di sebuah rumah di Simpang Tiga Kuala Geting, Pengkalan Kubur pada 23 Ogos yang lalu. Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua tertuduh juga terlibat dalam 2 kes curi motorsikal di sekitar Tumpat. Pihak polis turut berjaya menemukan dan merampas sebuah motosikal beserta beberapa helai pakaian, dipercayai terkait langsung dengan kes yang sedang disiasat. Dalam kamar pertuduhan hari ini, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi memerintahkan hukuman 12 bulan penjara bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua dan ketiga masing-masing dijatuhkan hukuman 12 bulan dan 18 bulan penjara keatas kedua-dua tertuduh. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP

CID_RMP
CID_RMP
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 02 September 2026 10:02:10 GMT
9876
317
10
84

Music

Download

Comments

maltoyee
M A L :
curi sebuter jah keno tangung 3 buter kalu hiley 30 buter nanyo🤣
2026-09-02 19:43:13
0
dohbakpe
dohbakpe :
Roadshow itu pasti
2026-09-02 15:14:17
0
user4038392812963
user4038392812963 :
Pandai
2026-09-02 10:16:43
0
samsuria025
Samsuria 🥰 :
👍
2026-09-02 10:20:33
0
chee.wei58
Chee Wei :
2026-09-02 10:58:15
0
chee.wei58
Chee Wei :
2026-09-02 10:58:05
0
anakrawo_08
PENDOSA YANG LEKA_¹⁰⁸ 🇲🇾 :
🤲🤲🤲
2026-09-02 12:02:19
0
rickybravo42
Mohd :
👍👍👍
2026-09-02 12:04:10
0
su.nah25
su nah :
😳😳😳
2026-09-02 10:20:36
0
4niqmustaqim
Nick89 :
@Qahiriy Barber & Salon
2026-09-02 14:45:08
0
To see more videos from user @cidrmp, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About