@cidrmp: ๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐จ๐๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ ๐๐๐๐๐๐ช๐ KOTA BHARU, 2 September 2026: Dua lelaki tempatan berusia 24 dan 25 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam serta menggunakan kekerasan ke atas seorang anggota polis. Tertuduh pertama, seorang pemandu lori didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Manakala seorang lagi tertuduh, didakwa di bawah Seksyen 353 Kanun yang sama, berdepan hukuman penjara sehingga 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Terdahulu pada awal pagi 26 Ogos yang lalu, sepasukan anggota telah menahan sebuah lori dan sebuah kereta yang dinaiki tertuduh-tertuduh di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Pemandu lori, iaitu tertuduh pertama, telah meloloskan diri dengan memecut laju, sewaktu pemeriksaan dijalankan. Kenderaan terbabit dipercayai sedang membawa muatan seludup. Tertuduh kedua, iaitu pemandu kereta, telah dimasukkan ke dalam kenderaan yang dinaiki anggota polis sebelum bertindak berani, menendang dan memukul anggota terbabit sehingga tercampak keluar dari kenderaan. Pihak polis telah melepaskan tembakan amaran ke arah lori berkenaan, namun lori tersebut berjaya meloloskan diri dengan bantuan tonto, sewaktu memasuki jalan kampung. Bertindak atas laporan diterima, pada petang 27 Ogos yang lalu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu telah menahan kedua-dua tertuduh bersama kenderaan-kenderaan terlibat untuk siasatan dan tindakan lanjut Dalam kamar pertuduhan hari ini, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka. Majistret Tuan Wan Mohd Izzat Wan Abdullah memerintahkan hukuman denda RM 3000 keatas tertuduh pertama. Manakala tertuduh kedua diperintahkan hukuman denda RM4000. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP
CID_RMP
Region: MY
Wednesday 02 September 2026 10:07:56 GMT
Music
Download
Comments
Md Yunos Hamidon :
mana ada adil bos semua nk naya org awam.polus lagi teruk diam aja.tukar tempat kja tak lojik bos.mana mahkamah tido ke
2026-09-03 00:18:21
1
Ruddung Rappok :
Lacarr
2026-09-03 01:20:28
0
MemorieZ_13 :
tk gari ke
2026-09-02 10:57:57
1
ูุงูุฒุงุฏ ูููู
ุงู โผโผ :
lari dari polis tendang polis denda rm4k dgn 3k jer๐คฃ๐คฃ astro warna ke ni?
2026-09-02 12:34:49
2
Chee Wei :
2026-09-02 11:00:14
0
Md Yunos Hamidon :
undang2 mana oakai
2026-09-03 00:17:09
0
Md Yunos Hamidon :
jual senjata api diam jugak
2026-09-03 00:16:46
0
Chee Wei :
2026-09-02 11:00:17
0
Goh Cheng Kwee :
buat habis duit je
2026-09-02 17:13:44
0
Mohd Zuki :
tak berat mane pun kus ni yg berat dadah tujar tempat jer apa cita
2026-09-02 11:51:26
1
Md Yunos Hamidon :
mkn rasuah diam saja
2026-09-03 00:16:59
0
Mohd :
๐๐๐
2026-09-02 12:17:13
0
To see more videos from user @cidrmp, please go to the Tikwm
homepage.