@lobakmerahmy: Kumpulan saintis antarabangsa yang menjalankan kajian di Formasi Durupınar, Turkiye, menemukan kandungan karbon yang tinggi dalam struktur berbentuk kapal berkenaan. Ujian awal mendapati kandungan karbon di bahagian dalam formasi itu sekitar 40 peratus lebih tinggi berbanding sampel tanah yang diambil di kawasan luar. Ketua pakar arkeologi, Dr Cenker Atila berkata, perbezaan itu berpotensi menunjukkan kewujudan bahan organik atau sisa kayu purba. “Jumlah karbon yang dikesan dari bahagian dalam kapal adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding apa yang ditemukan di bahagian luar,” katanya. Menurut beliau, “dapatan ini menguatkan andaian bahawa mungkin wujud bahan organik atau sisa-sisa kayu di situ.” Selain itu, imbasan radar turut mengesan anomali bawah tanah yang bersilang pada sudut tegak, berkemungkinan menunjukkan kewujudan ruang atau pembahagi struktur. Bagaimanapun, kajian masih dijalankan dan setakat ini tiada struktur kayu ditemui atau bukti yang mengesahkan formasi tersebut sebagai bahtera Nabi Nuh. Penemuan itu sekali lagi mencetuskan spekulasi mengenai bahtera Nabi Nuh yang dikaitkan dengan Formasi Durupınar sejak ia dikenal pasti pada 1959. Sumber: Utusan Malaysia
LOBAK MERAH
Region: MY
Wednesday 02 September 2026 11:30:00 GMT
Music
Download
Comments
HIHIHI :
mcm mne kayu, sedangkan time tu teknologi lebih dri skrang
2026-09-02 11:38:08
147
Jay :
amende lak bentuk kapal. tu mcm pizza je. lapo ni
2026-09-02 16:20:50
178
afiq_arif :
Zmn teknologi skrg usia baru setahun jagung(100-200 tahun anggaran) itu pun kita dh rasa hebat..cuba kita bygkn zmn sebelum 100-200 yg lalu yg jauh lg terbelakang ribuan tahun yg lalu adakah manusia sampai bila2 berfikiran mcm org2 nomad ?bg aku itu tdk mgkn zmn terdahulu tak wujud teknologi yg lebih hebat dr kita,kalau tidak mcm mn zulkarnain blh tutup 2 lembah gunung menggunakan besi dan tembaga,apa teknologi yg diguna pakai?puramid giza mcm mn bongkah dipotong & apa transport yg diguna pakai utk angkut?itu pn kita dh pening..belum lg kita dpt rungkai kehebatan zmn nabi nuh..sesungguhnya dunia ini penuh misteri beb
2026-09-02 17:00:19
23
@geeabdrahman17 :
Surah Yasin, ayat 82:
إِنَمَا أَمْرُهُإِذَا أَرَادَشَيْئًا أَن يَقُولَلَهُكُن فَيَكُونُ "Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki berlakunya sesuatu, hanyalah Ia berkata kepadanya: 'Jadilah!' Maka ia terus menjadi."
(Surah Yasin: 82)
2026-09-02 14:00:09
69
miz A | F 🧰 :
yg dekat atas darat pun susah nk detect makan masa beratus tahun .
apatah lagi benda yg tengggalam di dasar laut.mesti tak akan pernah jumpa
2026-09-02 13:39:42
36
MAN :
macam mana lah teknologi sewaktu Zaman nabi adam kan? Mesti lagi hebat dari sekarang. Sampai lah zaman nabi Nuh, dan Allah murka sehingga berlaku banjir satu dunia. Dan dunia reset kembali. Boleh bayang tak kehidupan zaman sebelum banjir tu macam mana? 🤯😯
2026-09-03 00:30:48
7
Ƥяιиcɛ Єʏzαи :
tanah terhakis bergerak bentuk mcm tu🤣🤣di katakan kapal🤣🤣🤣lihat la sekeliling berlapis2 mcm tanah lumpur bergerak dan jadi keras🤣🤣🤣
2026-09-03 02:46:21
1
ucop 👻 :
pertama min,dapat reply x
2026-09-02 11:34:02
6
Mann96Store :
Yang tidak tahu, berkata-kata. Yang tahu, tidak berkata-kata.
2026-09-02 17:39:52
6
penggg :
dlm hadis pon Ade ckp yg kpl ni berlabuh kt gunung ni kn.. btulkn kalau slh ,🙏
2026-09-02 20:36:06
3
iwang :
Domo, eternals
2026-09-02 22:55:00
0
sue yin :
hebat kapal nabi Noh dpt detect.. tp mh370 smpi sekrg x jmpa
2026-09-02 23:19:13
4
Roza :
Sorry guys, Tu kapal saya tu bukan nabi nuh 🙏🏼
2026-09-03 00:12:42
1
pally :
"Dan Nabi Nuh memanggil anaknya yang berada di tempat yang jauh (terpisah): 'Wahai anakku! Naiklah bersama kami dan janganlah engkau bersama orang-orang yang kafir.'"
(Surah Hud, 11:42)
Ni juga salah satu petanda yg teknologi komunikasi dah wujud waktu zaman nabi Nuh. wallahualam
2026-09-03 00:08:06
3
Jimiq.Jr :
Tapi ada sorg prof malaysia yg kena pecat bgtau bahtera nabi nuh mendarat kt gunung jerai
2026-09-03 01:29:19
1
Qio :
Jumpa kat mana
2026-09-02 14:44:25
0
Aku Bukan Puteri :
so yg jmpa kt gunung Ararat tu apa? sebahagian je ke yg jmpa?
2026-09-02 19:48:40
0
Tuan Ripem :
tak nampak
2026-09-02 13:04:19
0
hazimi :
dunia penuh misteri Dan rahsia
2026-09-02 15:31:13
0
Irwan Mas 🍁 :
kapal PAS lg padu 👍
2026-09-03 02:07:51
1
ThomasShelby :
sedangkan dunia gadget dari tahun 90an komputer besar bas sampai tahun 2026 semuanya di hujung jari , tahap berbeza tak capai dek akal . ambik masa 20tahun lebih je , inikan pulak beribu tahun lamanya . macam2 benda boleh jadi , wallahualam .
2026-09-03 03:16:06
0
just.an.echo :
eh takpa kita sama sama belajar. terima kasih
2026-09-03 02:30:00
0
AERO_777 :
Kenape diorang tak teruskan penggalian sampai kedalam je untuk kepastian eh? Tak faham
2026-09-02 19:22:15
0
JieBriL :
nk cari "KIASAN" 70 keturunan pon xkan jumpa
2026-09-02 16:48:02
0
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.