@sinarharianonline: Selepas kali terakhir dilihat pada 2017, gergasi laut yang semakin pupus, iaitu penyu belimbing (Dermochelys coriacea) kembali mendarat dan bertelur di pesisir pantai Marang pada Selasa lalu. Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Pang Nyukang berkata, kemunculan semula spesies penyu terbesar di dunia itu dikenal pasti oleh kakitangan jabatan berkenaan menerusi analisis jejak merangkak fizikal bersaiz besar, iaitu selebar 2.1 meter di atas pasir. #sinarharian #beritaterkini #penyu #telurpenyu #terengganu #marang