@paktehzee: Nama sebenarnya ialah Datuk Paduka Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman dan beliau dilahirkan di Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu, Perak. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Pak Teh Kroh. Anak kelima daripada tujuh orang adik beradik. Sebelah ayah berketurunan Tok Selon yang berasal dari Sri Langka lalu berhijrah ke Kedah. Kuburnya ada di Batu 7, Baling. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuak Luar pada tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 6. Akhirnya beliau mendapat tawaran memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi oleh kerana keluarganya kurang berkemampuan maka tawaran tersebut terpaksa ditolak. Selepas itu beliau memasuki Pondok Asam Jawa, Pendang pada tahun 1956 hingga 1959. Seterusnya Tuan Guru memasuki Pondok Pasir Tumboh, Kelantan pada tahun 1959 sehingga 1967. Antara gurunya ialah : 1. Tuan Guru Haji Omar Mohd Noh 2. Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Haji Ahmad Pondok Asam Jawa, Pendang 3. Tuan Guru Haji Sulaiman bin Haji Ahmad Rubbat Pondok Chegar 4. Tuan Guru Haji Mustaffa Pasir Tumboh 5. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pasir Tumboh 6. Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh 7. Tuan Guru Abang Noh Binjai - Mengajar kitab Midrajul Salikin 8. Tuan Guru Haji Mohammad Saman Kati - Guru tawasufnya. Beliau menerima tareqat Samaniyah seterusnya menjadi khalifah tareqat tersebut setelah kematian Tuan Guru Haji Sabran Asmawi. Mempunyai minat dan semangat dalam menghafal matan-matan sehingga menjangkau 30 jenis matan. Ketika beliau hendak menghafal kitab Fathul Qarib lalu ditegur oleh Tuan Guru Haji Mustaffa supaya beliau berhenti daripada meneruskan hafalannya. Tamat mengaji di Pasir Tumboh, beliau kembali ke kampung halaman, mengajar agama di masjid-masjid dan surau-surau. Lalu beliau bernikah dengan Hajah Halimatul Saadiah Binti Haji Jusoh dengan memperolehi 10 orang anak. Maka, pada tahun 1967, beliau mendirikan sebuah pondok pengajian dengan nama rasminya Madrasah ad-Diniah al-Latiffiah, Kampung Kuak Luar, Hulu Perak. Berhampiran dengan rumah kediaman beliau. Asal penubuhan murid-muridnya seramai 3 orang sahaja. Setelah madrasah diasaskan hampir 40 tahun, bilangan pelajar bertambah ribuan muridnya, sehingga melebihi 500 murid dalam satu masa. Beliau adalah pakar rujuk dalam pelbagai hal mengenai masalah agama. Disamping itu, Pak Teh juga gemar bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Antara jawatan yang beliau pernah sandang : 1. Imam Masjid Kuak Luar sehingga akhir hayat. 2. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dari 1994 hingga 2010. 3. Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak yang paling mula sekali. 4. Pengajar kursus guru-guru agama sekolah menengah agama dalam Negeri Perak. 5. Mengajar di Sekolah Agama Yusufiah Kuak Luar. 6. Mengajar Ijtimak Ulamak anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di Padang Rengas. Pengetahuannya amat luas khususnya dalam penggunaan kaedah kitab Arab. Beliau juga cermat dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan. Beliau meninggal dunia pada 30 September 2010, hari Selasa ketika berusia 72 tahun akibat sesak nafas. Jenazahnya diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Kuak Luar, Pengkalan Hulu. Moga Allah Ta’ala merahmati roh aulia-Nya. Aamiin. *Sumber - Ustaz Din Kroh Pasir Tumboh Oleh : Tengku Yusuff Edit : Aminadzin #KenaliUlamak #JejakUlamaNusantara #kuliahgama #ilmubermanfaat #motivasi
Pakteh Zee ✸
Region: MY
Wednesday 02 September 2026 12:00:29 GMT
Music
Download
Comments
Senj@Y@ngHil@nG :
tuan Guru Abdul Latiff adalah guru bapak sy.orgnya sngtlah brsifat rendah ht dan brhati mulia.ilmu yg d smpaikan sngtlah brguna.
Al-Fatihah utk Tuan Guru Abdul Latiff....
2026-09-03 07:17:13
3
ishakmahmud06 :
Al fatihah
2026-09-03 07:13:08
1
SETIA KASIH SHOP :
tok selon dari sri lanka yer ok nk kena tanya mak kami ni
2026-09-03 04:03:08
1
n0tme :
Pembetulan, kubur beliau di kampung kuak luar, pengkalan hulu perak ☺️
2026-09-03 18:47:58
0
123_abgsado :
alfatihah buat tok guru pk teh
2026-09-03 11:24:51
0
Ahmadinsanbiasa :
Alfatihah untuk arwah
2026-09-03 09:16:23
0
user2051594753214 :
Tol Selon bukan orang Sri Langka. Orang Semenanjung Taman Melayu. Gelaran Tok Selon kerana semasa balik dari mengerjakan haji, beliau jatuh sakit dan dirawat di Celon (Sri Langka). Nama sebenarnya Haji Taib (Kalau tak silap ingatan).
2026-09-03 12:37:14
0
Zulkefli Saad :
masyaallah.sedeh bangat buat diriku.kali terakhir ku temui tuan guru ketika tuan guru ngajar di masjid Kuala kangsar.tuan guru memelok aku .lama Pelokkan nya .sampai aku demam tiga hari.rupa nya Pelokkan itu Pelokkan terakhir ku dgn tuan guru ...Alfatihah buat guru kami.
2026-09-03 04:09:35
0
user86162999636380 :
alfatihah untok pak teh
segala ilmu dan nasihat pak teh saya ingat sampai mati
2026-09-03 03:45:15
0
Deng21 :
al fatihah
2026-09-03 08:48:29
0
@pondoklubukperiok :
Arwah Tok guru Pakteh adalah Tok guru kpd Tok guru kami (Tok Guru Zaki Masur)
@@pondoklubukperiok
2026-09-02 14:36:07
3
matleey81 :
❤️❤️❤️
2026-09-03 08:03:59
0
ikazd :
👍👍👍
2026-09-03 03:09:40
0
abdullk57 :
😁😁😁
2026-09-03 14:05:20
0
To see more videos from user @paktehzee, please go to the Tikwm
homepage.