@tv3malaysia: Misteri pembunuhan seorang gadis berusia 14 tahun akhirnya terbongkar selepas mayat mangsa ditemukan di Sungai Triang, Bera, Pahang dengan 45 kesan tikaman. Siasatan polis membawa kepada penahanan dua suspek, masing-masing seorang pelajar kolej berusia 19 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun. Kedua-dua suspek kemudiannya dihadapkan ke mahkamah dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh. Mereka turut didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas pertuduhan merogol mangsa. Ikuti kisah penuh CINTA TIGA DIMENSI dalam #FailMahkamah, Rabu, jam 9 malam di TV3. Strim juga melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.