@sinar_my: Jambatan Sungai Johor di Telok Sengat, Kota Tinggi disahkan selamat untuk dilalui semua kenderaan selepas insiden sebuah kapal hanyut yang melanggar struktur jambatan itu sekitar jam 2.30 petang semalam.Menurut Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB), pemeriksaan teknikal segera telah dijalankan bagi memastikan tahap keselamatan dan integriti struktur jambatan berkenaan terjamin. #SinarKongsi . Sumber orang awam