@jason.yew: Dakwaan oleh bekas Ketua Audit Negara adalah tidak benar! - Tan Sri Rashid Hussain 1. Tan Sri Madinah telah dikeluarkan sepina oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), sekaligus menyangkal kenyataan beliau yang mendakwa sebaliknya. 2. Beliau diminta hadir ke prosiding RCI pada 3 Jun 2022 dan telah memohon untuk hadir bersama Puan Mona Osman, iaitu Timbalan Pengarah Audit Kewangan. 3. Permohonan tersebut ditolak kerana prosedur RCI menetapkan bahawa setiap saksi perlu disoal siasat secara individu (satu lawan satu). 4. Pada 2 Jun 2022, Puan Mona Osman bersama pegawai meja (desk officer) audit Tabung Haji telah hadir untuk memberikan penjelasan dan laporan penuh kepada pihak RCI. 5. RCI juga telah memberikan peluang kepada Tan Sri Madinah untuk menjawab 75 soalan secara bertulis. 6. Beliau telah menyerahkan jawapan bertulis tersebut di bawah Akuan Berkanun (telah mengangkat sumpah) pada 1 April 2022. 7. Penyerahan bertulis tersebut kini disimpan dalam rekod rasmi RCI sebagai kenyataan saksi. #RCI #TabungHaji