@suarasarawak: Bekas Menteri Direman Semalam Bantu Siasatan Isu Pajakan Hotel Tabung Haji. Seorang bekas menteri berumur lingkungan 60-an direman selama lima hari sehingga Ahad ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Arab Saudi. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya berikutan penahanan suspek pada jam 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, berikutan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH pada 29 Julai lalu mengenai pelbagai kelemahan pengurusan, transaksi mencurigakan, dan penyembunyian maklumat bagi tempoh 2014 hingga 2020. #rci #th