@mindefmalaysia: Program Peduli Veteran MADANI (PVM) diteruskan di Daerah Kudat, Sabah sebagai wadah mendekati Veteran ATM serta memastikan keperluan kebajikan mereka disantuni secara bersasar. Menerusi program ini, Bantuan Sara Hidup (BSH), bantuan baik pulih rumah dan peralatan keperluan kesihatan telah disampaikan kepada Veteran ATM yang memerlukan, mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan mereka yang telah berjasa kepada negara. #MinDefMalaysia #MinDefUpdate #ATM #VeteranATM