@mediaselangor: Selepas berdepan panas, hujan dan tekanan mengejar masa penghantaran, penghantar p-hailing di Selangor kini mempunyai ruang rehat khusus menerusi Pusat TEDUH (Tempat Elok untuk Hentian) yang tersedia di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT). EXCO Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, kemudahan itu memberi ruang kepada penghantar untuk berhenti seketika sementara menunggu pesanan, selain berlindung daripada cuaca tidak menentu. #rider #teduh #inisiatif #kerajaannegeri #selangor #kemudahan #pbt #selesa #tvselangor #mediaselangor