@malaysiatribune: Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren bagi Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) tergendala hari ini berikutan pokok tumbang antara laluan Kepong dan Rawang. KTMB dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik, yang mana perkhidmatan tren komuter dan ETS di laluan terbabit mengalami kelewatan melebihi 60 minit. #malaysiatribune