@mediaselangor: Syarikat tempatan perlu menjadi penerima manfaat utama daripada pembangunan ekosistem rangkaian bekalan berteknologi tinggi di Selangor, khususnya dalam sektor semikonduktor, pusat data dan kecerdasan buatan (AI). EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han berkata pembangunan industri berkenaan perlu membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk berkembang, mendapatkan pelanggan baharu dan meluaskan perniagaan. #KecerdasanBuatanAI #NgSzeHan #MediaSelangor #kliksemasa