@501awani: Ramai fikir jerebu cuma ganggu pernafasan. Hakikatnya, bila ibu bapa terpaksa cuti jaga anak dan pekerja kurang berada di tempat kerja, ekonomi pun terkena tempias. Menurut Pakar Rujuk Kelestarian & Alam Sekitar Malaysia, Prof Ir Ts Dr Mohd Fadhil Md Din, jerebu yang berlarutan berminggu-minggu boleh menyebabkan kehilangan produktiviti dan kos yang langsung tak dirancang oleh isi rumah mahupun syarikat. Sebab itu tindakan awal amat kritikal. #AWANInews