@iwk_official: Hari ini, sekali lagi, IWK telah menjayakan Program Satu Pemimpin: Satu Kampung (Santuni Madani). Kali ini, kami berpeluang lagi untuk menyantuni warga Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Taman Sinar Harapan menyediakan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada golongan OKU, selain menjadi tempat selamat khususnya bagi keluarga susah yang tidak mampu menjaga anak-anak istimewa ini. Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Datuk Narendran Maniam bersama barisan pasukan pengurusan telah sama-sama turun padang bergotong royong mengecat kawasan taman, menanam pokok bunga dengan menggunakan baja organik IWK bagi menyokong usaha penghijauan di kawasan berkenaan. Pada masa yang sama, IWK juga menyampaikan sumbangan mesin basuh, kerusi pejabat, troli makanan serta makanan untuk seluruh warga Taman Sinar Harapan. IWK turut menyampaikan cenderahati kepada penjaga dan penghuni di sini. Semoga setiap sumbangan dan usaha yang dilaksanakan pada Jumaat yang indah ini, dapat memberi keselesaan kepada warga Taman Sinar Harapan kerana kami percaya, setiap usaha yang ikhlas mampu membawa makna yang besar. #EraBaharuAir #NewLifeForWater #IWKCares #SantuniMadani
Indah Water Konsortium
Region: MY
Friday 04 September 2026 10:17:14 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @iwk_official, please go to the Tikwm
homepage.