@radinfikri: Berdasarkan temu bual eksklusif The Lallantop bersama pemiliknya, Prakash Pandey Pyakurel dan Laxmi Pandey, rumah yang terletak di Dhunge Bazaar, daerah Nuwakot ini sebenarnya sebuah bangunan lama berusia sekitar 40 tahun. Ketika rumah ini dibina dahulu oleh bapa Prakash di tebing Sungai Trishuli, beliau sangat menitikberatkan faktor keselamatan. Keengganan rumah ini untuk tumbang berpunca daripada kualiti binaan klasiknya. Berbeza dengan rumah-rumah jiran yang hanya menggunakan susunan bata biasa (masonry), rumah firus ini dibina dengan rangka konkrit bertulang (reinforced concrete) yang dipasak dalam-dalam menggunakan rod keluli tebal ke dalam lapisan batuan bumi yang kukuh. Dibina pada zaman di mana bahan binaan asli tidak dicampur aduk, struktur tapaknya mampu menahan impak lateral daripada batu besar dan puing-puing banjir. Pada pagi kejadian, sekelip mata sahaja air bah melonjak tinggi selepas sebuah jambatan berhampiran runtuh dan menyumbat aliran sungai. Laluan keluar terputus sepenuhnya, menyebabkan Prakash, Laxmi, ibu bapa mertuanya, anak perempuan mereka, dan seorang pekerja jiran terperangkap di balkoni tingkat atas. Prakash mendedahkan bahawa mereka sekeluarga sudah berpasrah dan merasakan ajal mereka telah tiba apabila menyaksikan rumah jiran-jiran runtuh satu demi satu. Setiap kali arus menghentam bawah rumah, bangunan itu bergegar kuat. Selepas hampir dua jam bertarung nyawa, air mula surut sedikit dan jiran-jiran yang berani berjaya mendekati balkoni untuk menyelamatkan mereka sekeluarga dengan selamat. Kredit footage wawancara : The Lallantop

RadinFikri
RadinFikri
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 04 September 2026 10:24:58 GMT
4601
174
3
4

Music

Download

Comments

noharakama06
كاما :
Allah saje xnk bg runtuh.. bkn sbb binaan..
2026-09-04 10:44:15
7
captain_epul
Captain Epul :
system binaan kat malaysia kebanyakannye mcm ni..rod tu mcm piling bakau la kalau kat malaysia..
2026-09-04 10:31:18
2
hasselelina
Hasselelina🎀 :
wow
2026-09-04 10:35:28
0
To see more videos from user @radinfikri, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About