@huuhau.dz: 🩶🩶 #xuhuong #wave125i_ไฟเลี้ยวบังลม #fuled125i #future125i #xedokieng

Huỳnh Hữu Hậu
Huỳnh Hữu Hậu
Open In TikTok:
Region: VN
Friday 04 September 2026 11:00:58 GMT
14145
881
5
82

Music

Download

Comments

taiphamrosa8286
Tài phạm67 :
Đẹp quá
2026-09-04 17:38:19
1
phucdang2801
Jet chạy wave 🛍️ :
Sáng quá
2026-09-04 13:21:52
1
aduclam
Lâm mittttoyou 💔 :
Sanggg quá nha anh 🔥
2026-09-09 13:14:17
0
To see more videos from user @huuhau.dz, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

KUALA LUMPUR, 10 Sep - Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu berkaitan kadar sewaan harian kapal. Azmi, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
KUALA LUMPUR, 10 Sep - Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu berkaitan kadar sewaan harian kapal. Azmi, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. "Faham (pertuduhan), saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," katanya selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan satu persatu. Mengikut pertuduhan pertama, Azmi didakwa menipu Pegawai Prinsipal TH Alam Management Sdn Bhd, Iskandar Mohd Zaffa, 48, dengan menyembunyikan tawaran sebenar ‘Daily Charter Rate’ bertarikh 24 Ogos 2023 yang menetapkan kadar RM80,500 sehari dalam ‘Work Order’. Perbuatan itu didakwa mendorong Iskandar bersetuju menandatangani ‘BIMCO Supplytime 2017’ dengan kadar ‘Daily Charter Rate’ RM70,000 sehari antara Alam-JV DP2 (L) Inc. dan Alam Maritim (M) Sdn Bhd. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menipu individu sama dengan menyembunyikan tawaran sebenar ’Daily Charter Rate‘ bertarikh 15 Jan 2024 yang memperuntukkan sejumlah RM110,000 sehari di dalam ’Work Order‘ sehingga mendorong lelaki itu menandatangani BIMCO Supplytime 2017 dengan ’Daily Charter Rate‘, RM78,000 sehari di antara TH-Alam Management dan Alam Maritim. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bangunan di Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling di sini masing-masing pada 6 September 2023 dan 16 Januari 2024, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kredit Foto: NSTP #BeritaKS

About