@beningcinta_: Jangan takut kehilangan seseorang dalam hidupmu, kerana manusia memang datang dan pergi atas kehendak ALLAH. Yang perlu kita takutkan ialah apabila dalam mengejar dan mempertahankan manusia, kita semakin jauh daripada ALLAH. Jika seseorang pergi, menangislah jika perlu… tetapi jangan biarkan hati terus tenggelam dalam kehilangan. Kembalilah kepada ALLAH, kerana Dia tidak pernah pergi. 🤍 Mungkin perpisahan yang membuat kita menangis hari ini sebenarnya sedang menjadi jalan untuk ALLAH mendekatkan kita kepada-Nya. Kehilangan manusia bukanlah kegagalan. Tetapi kehilangan ALLAH dalam hidup, itulah kerugian yang sebenar. Semoga hati yang terluka belajar untuk berkata: “Ya ALLAH, aku redha… asalkan Engkau tetap bersamaku.” 🤍🥺 #IslamicQuotes #MuhasabahDiri #ReminderToMyself #Tazkirah #fypシ゚