@cikking.quotes: Bila makin dewasa, kita mula sedar yang hidup bukan tentang mengejar semuanya atau cuba buat semua orang kekal dengan kita. Kita mula lebih menghargai ketenangan, memilih orang yang betul-betul menghargai kita, dan belajar bahawa menjaga diri sendiri juga penting. Kadang-kadang bahagia bukan datang daripada berapa ramai orang sayang kita, tapi daripada sejauh mana kita tahu menghargai, menjaga dan menyayangi diri sendiri.