@melakatv: 300 IBU MUDA MELAKA DISUNTIK KEKUATAN 5 September - Seramai 300 ibu muda dari seluruh Negeri Melaka berhimpun menerusi satu program khas bagi memperkukuh institusi keluarga selain memperkasa peranan wanita dalam membentuk keluarga bahagia. Program Himpunan Ibu Muda 'Kita Ibu Muda, Kita Luar Biasa' sempena Karnival Anak Muda Melaka X Konsert Jom Heboh itu memberi ruang kepada peserta mendapatkan ilmu berkaitan kehidupan berkeluarga, perkahwinan serta cabaran dalam rumah tangga. Katanya, program berkenaan turut menjadi platform kepada ibu muda untuk berkongsi pengalaman dan membina jaringan sesama mereka tanpa mengira latar belakang dan status. 🎥 Faris Haikal Zakaria #ibumuda #karnivalanakmuda #JomHeboh #Melaka #MelakaTV