@501awani: Seorang wanita berjaya ditemukan hidup dari sebuah rumah yang tertimbus akibat tanah runtuh di Nepal pada Sabtu, 10 hari selepas banjir besar melanda lembangan Sungai Bhote Koshi dan Trishuli. Rakaman video menunjukkan pasukan penyelamat menarik Chandika Kumari Shrestha keluar dari bangunan yang dipenuhi lumpur itu. Shrestha ditemukan di tingkat atas sebuah bangunan empat tingkat di Betrawati, Daerah Nuwakot, selepas pasukan penyelamat menerima laporan mengenai bunyi suara manusia dari dalam bangunan berkenaan. #AWANInews