@cikgu.eddy.world: Dulu kita rasa rimas. “Pergi mana?” “Dengan siapa?” “Balik pukul berapa?” “Dah makan?” Semua benda Mak nak tahu. Sampai satu hari kita cakap, “Mak… boleh tak jangan tanya semua benda?” Mak pun diam. Tapi pelik kan… Bila Mak dah tak tanya, rumah tu tiba-tiba rasa lain. Rupanya selama ni bukan semua soalan Mak perlukan jawapan. Kadang-kadang dia cuma nak pastikan… anak dia masih okay. Sebab kita boleh tipu satu dunia dengan ayat, “Aku okay.” Tapi dengan Mak… muka kita pun dia dah boleh baca. Ada beza antara mengawal hidup anak, dengan seorang ibu yang masih mahu menjadi sebahagian daripada hidup anaknya. Selagi masih ada orang yang tanya, “Dah makan?” Jawablah elok-elok. Sebab bukan semua orang dalam dunia ni… betul-betul kisah kita dah makan atau belum. #education #cikgueddyworld #nilaidiri #kasihibu #menyemainilai