@501awani: Jerebu tebal menyelubungi Singapura pada Sabtu susulan kebakaran hutan di Indonesia. Bacaan Indeks Piawaian Pencemar (PSI) 24 jam mencecah 105 pada Jumaat, sekali gus berada pada paras tidak sihat. Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti luar ketika bacaan PSI antara 101 hingga 200. Ini merupakan kali pertama PSI Singapura mencapai paras tidak sihat akibat jerebu sejak Oktober 2023. Keadaan kering yang berterusan dijangka meningkatkan risiko kebakaran di beberapa kawasan Sumatera dan Borneo Indonesia. #AWANInews