@jpnjohor.official: 🇲🇾 PROGRAM MADANI KITA 2026 TANGKAK ERAT HUBUNGAN KERAJAAN DAN RAKYAT | 05 SEPTEMBER 2026 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor telah menyertai Program MADANI KITA 2026 yang berlangsung di Dewan Padang Lerek 2, Tangkak, Johor melalui pelaksanaan Perkhidmatan Van MEKAR JPN. Penyertaan JPN Negeri Johor dalam program ini merupakan salah satu usaha untuk mendekatkan perkhidmatan jabatan kepada masyarakat serta memastikan rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan pendaftaran dengan lebih mudah, pantas dan mesra pelanggan. Sepanjang program berlangsung, orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan maklumat berkaitan urusan pendaftaran negara melalui Perkhidmatan Van MEKAR JPN. Program seperti ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara Kerajaan dan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan secara terus kepada masyarakat. JPN Negeri Johor akan terus komited dalam memastikan perkhidmatan pendaftaran dapat disampaikan dengan cekap, berintegriti dan berkesan demi kesejahteraan rakyat. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RakyatDiHatiJPN Jabatan Pendaftaran Negara Media Digital Johor