@nazriroslan97: Suraqah bin Malik mengejar Rasulullah SAW tetapi kudanya jatuh berkali-kali! Dalam perjalanan hijrah ke Madinah, Suraqah memburu Rasulullah SAW demi mendapatkan ganjaran yang ditawarkan Quraisy. Namun setiap kali hampir mendekati Baginda, kudanya terperosok ke dalam tanah. Setelah menyedari bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku, Suraqah akhirnya menyerah dan memanggil Rasulullah SAW. Kisah ini ada diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari, nombor hadis 554. Menariknya, orang yang datang untuk menangkap Baginda akhirnya meminta jaminan keselamatan daripada Rasulullah SAW. Inilah salah satu kisah yang menunjukkan bagaimana Allah SWT melindungi Rasul-Nya ketika peristiwa Hijrah. Selain itu, iblis juga pernah menyamar menjadi Suraqah bin Malik dalam menghasut kaum kafir Quraisy memerangi Rasulullah SAW di Badar pada tahun 2 Hijrah. Dia berjanji Bani Kinanah yang merupakan kabilahnya melindungi Quraisy daripada Bani Bakar semasa perang. Suraqah bin Malik r.a. memeluk Islam selepas Perang Hunain pada 8 Hijrah dan menunjukkan surat jaminan yang ditulis semasa peristiwa Hijrah. Beliau meninggal dunia pada tahun 24 H semasa pemerintahan awal Saidina Uthman bin Affan r.a.. #suraqahbinmalik #hijrah #sejarahislam #rasulullah #sirah