@berita.ks: KUALA LUMPUR, 7 Sep - PAS mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa ‘melatah’ susulan dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai usaha wakil Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan dalam menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya hairan dengan reaksi PH termasuk tindakan membuat laporan polis kerana Abdul Hadi tidak pernah mengaitkan mana-mana pihak dalam gabungan itu dengan dakwaan berkenaan. “Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menafikan perkara ini (dakwaan Hadi). Ada kaedah undang-undang untuk selesaikan pertikaian antara dua pihak terlibat ini iaitu saman sivil. “Apa yang menghairankan kenapa tiba-tiba PH melatah? Apa kepentingan mereka dalam isu ini? Adakah Presiden PAS mengaitkan mana-mana pihak dari PH dalam isu ini? Tidak sekali-kali. “Jadi, kenapa mereka melatah? Atau mereka sebenarnya yang ada kaitan?” soalnya. Beliau turut mempersoalkan reaksi PH terhadap isu berkenaan, sambil membayangkan kemungkinan gabungan itu mempunyai kaitan dengan dakwaan yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi. Terdahulu, Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng menggesa Abdul Hadi mengemukakan bukti terhadap dakwaan AS pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014, selain meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu. Kedutaan AS di Kuala Lumpur pula menafikan sebarang campur tangan dalam menentukan kepemimpinan politik Malaysia dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai palsu. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Monday 07 September 2026 03:17:21 GMT
Music
Download
Comments
Masao Captain :
pandai ayohcik pancing🤭🤭🤭habis mengelupor madani🤭🤭🤭
2026-09-07 09:35:21
41
PEAH :
ada kaitan lah tu..sebab tu hati tidak tenang sekarang 😂😂😂
2026-09-07 03:24:29
50
thisaccountiscompletelydead :
DAP salah main catur. 😆😆😆
2026-09-07 05:57:06
12
abg poker21😅 :
die yg sebut.. orang laik di kate kan melatah.. PAS OH PAS🤣🤣🤣
2026-09-07 03:37:43
16
GrassHopper :
Isu keselamatan negara pun dia boleh buat main....patut laporlah kepada pihak berwajib...
2026-09-07 07:25:40
11
Aar Cikgu Lias :
Peribahasa yg paling tua ada mengatakan siapa yg makan cili dia lah yg terasa pedas nya! reaksi yg di tunjuk kan oleh pkr dan dap sangat luar biasa sedang kan kerajaan yg hendak di tumbang kan pada waktu itu kerajaan umno!
2026-09-07 09:44:53
7
ocean :
pH tiada kaitan.. masa tu umno memerintah yg sekarang dah cemolot dgn Pas... Tapi heran juga ya kenapa ada pembayaran 1.4j kpd Clare dari SR yg berkait isu saman. ada kaitan kut🤣🤣🤣🤣
2026-09-07 04:48:16
9
@lim81 :
pkr ada ambil dana asing
2026-09-07 09:06:06
4
. :
ada la ex bgtau
2026-09-07 08:37:53
14
Tambalai Tam :
pas cuma parti politik yg menungang agama. para penungang ini lgi pemfitnah dan penipu dpd pemain politik tanpa tungang agama
2026-09-07 09:28:50
4
anak Malaysia :
Parti
Amarika
Sarikat
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
2026-09-07 10:43:56
2
KNRUT360 :
siapa makan cili, dia terasa pedasnya
2026-09-07 09:54:32
9
Ciku💯 :
Pastikan PAS lingkup PRU16 InsyaAllah
2026-09-07 14:53:51
2
mr Ezudin :
x melatah...kenal dh haji hadi ni....☺️☺️😉😉
2026-09-08 09:27:42
0
mike chandran :
tanya hadi dia yg sebut. 😂😂😂
2026-09-07 09:14:52
1
RE-4-MAR-C :
sapa yg melatah sebenarnya ...xde isu nak hasut Rakyat dgn tujuan kebencian
2026-09-07 11:22:52
2
𝓔𝔂𝔃𝓻𝓪 🇵🇸 :
Kaitannya PH tau Hadi menipu hehe
2026-09-07 08:00:37
1
MoleX LE :
mengelupoq la...benda dok jadi...makin haqi PH makin melingkop..🤣🤣🤣
2026-09-07 10:48:04
2
iskenny :
Tiada modal lain
2026-09-07 09:14:19
0
Kamal Bharin :
nak tau betul ke tak.
2026-09-07 05:02:25
0
arfaa farm :
confirm la Ada kaitan...klw tidak buat apa nk melatah sampai report polis...bkn kerajaan masa tu diorg pun...Iswardy dah Kabor pas tolak...tpi PKR.....hahaha🤣🤣faham² bijak TGHH
2026-09-07 14:57:12
0
@Joeshahrizal57 :
Ceplos²
Kenapa PH=Mengelupur
PH ada kaitan ke !🤣🤣🤣
2026-09-07 13:47:38
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.