@berita.ks: PETALING JAYA, 7 Sep - UMNO Selangor bersedia meneroka kemungkinan kerjasama dengan PAS, kata Ketua Pemuda UMNO Selangor, Imran Tamrin. Beliau berkata, kehadiran Pemuda UMNO Selangor ke muktamar Pemuda PAS baru-baru ini mencerminkan hubungan baik antara kedua-dua parti ketika ini. “Ini menunjukkan kita berada dalam keadaan bersedia untuk menerokai ruang kerjasama yang mungkin wujud pada masa akan datang. “Jadi, daripada segi kerjasama, ia bukan sesuatu yang mustahil ataupun sesuatu yang asing untuk kita terokai,” katanya. Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang mahu kerjasama itu bukan sahaja menawan negeri, malah menghasilkan majoriti kukuh yang tidak mudah digulingkan. Gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan menyaksikan pentadbiran Pakatan Harapan sejak 2018 tumbang, PN-BN membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga di DUN. Bagaimanapun, BN memasuki PRN Negeri Sembilan dengan 14 kerusi berbanding PN lima kerusi, berbeza dengan Selangor yang menyaksikan BN memegang dua kerusi manakala PN mempunyai 10 kerusi, semuanya PAS. Imran berkata, sebarang kerjasama UMNO-PAS perlu berlandaskan ‘kekuatan, kelebihan serta peranan’ yang boleh dimainkan setiap parti. #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 07 September 2026 05:34:20 GMT
2338
47
3
4

Music

Download

Comments

francis.phang8
Francis Phang :
nothing good greed for power and own pockets benefit,
2026-09-07 12:55:05
1
abangpoker21
abg poker21😅 :
umno dah mcm mintak sedekah 🤣🤣🤣🤣🤣
2026-09-07 05:52:30
1
noahsatu
Noah :
Giliran penyatuan ummah PNBN bakal perintah Malaysia 🇲🇾
2026-09-07 06:43:19
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About