@berita.ks: KUALA LUMPUR, 7 Sep - Kementerian Pengangkutan (MOT) menyerahkan sepenuhnya kepada polis siasatan berhubung isu keselamatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang menyaksikan enam individu ditahan dalam kes penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, MOT tidak mempunyai akses kepada maklumat lanjut mengenai perkembangan siasatan kerana perkara itu kini berada di bawah bidang kuasa polis. “Perkara itu kini sedang dalam siasatan polis dan kami tidak mempunyai akses kepada maklumat tersebut,” katanya. Bagaimanapun, Loke berkata MOT dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengambil langkah tambahan bagi memperkukuh aspek keselamatan penerbangan, termasuk melaksanakan pemeriksaan lebih menyeluruh terhadap juruterbang, kru kabin dan pihak berkaitan. “MOT dan CAAM telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan pemeriksaan yang lebih menyeluruh dijalankan terhadap juruterbang, kru kabin dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata MOT dan CAAM turut memberikan kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan, termasuk menyediakan akses kepada kemudahan lapangan terbang serta kakitangan berkaitan bagi membantu proses temu bual. Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Dato’ Hussein Omar Khan berkata enam suspek yang telah ditahan itu memainkan peranan sebagai ‘upline’ dan ‘downline’ dalam sindiket pengedaran dadah membabitkan pembantu juruterbang itu. Kredit: Berita RTM #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 07 September 2026 08:00:00 GMT
10967
126
7
5

Music

Download

Comments

mohd.azeri.bin.seman
MOHD AZERI BIN SEMAN :
Sy tau nk jawab di mahkamah nanti
2026-09-07 14:48:23
0
siva.dass.gengath
Siva Dass Gengatharan :
Such a humiliation to the country and the pilots community..
2026-09-07 12:41:22
0
ziahaziz4
ziahaziz4 :
resign lh bad luck
2026-09-07 10:23:56
1
zincara69
zincara69 :
😂😂😂
2026-09-07 08:08:56
0
ziahaziz4
ziahaziz4 :
😝😝😝
2026-09-07 10:23:28
0
w0226325
w :
😁😁😁
2026-09-07 13:00:17
0
noahsatu
Noah :
Giliran penyatuan ummah PNBN bakal perintah Malaysia 🇲🇾
2026-09-07 09:24:51
1
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About