@penjarapokoksenaofficial: *LAWATAN KERJA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEHAKIMAN MAHKAMAH NEGERI KEDAH KE PENJARA POKOK SENA, KEDAH* Pada 6 September 2026 (Isnin) Penjara Pokok Sena berbesar hati telah menerima kunjungan dan lawatan kerja daripada pegawai dan kakitangan Kehakiman Mahkamah Negeri Kedah. Lawatan yang terdiri daripada 30 orang pegawai dan kakitangan ini diketuai oleh Pengarah Mahkamah Negeri Kedah iaitu YBhg. Dato' Ibrahim bin Osman tiba di Perkarangan Penjara Pokok Sena pada jam 1.00 petang disambut oleh TKP Charin Promwichit a/l Chem Pengarah Penjara Negeri Kedah, PKP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena dan pegawai-pegawai Kanan institusi Penjara Pokok Sena. Sesi lawatan dimulai dengan ucapan aluan Pengarah Penjara Negeri Kedah, taklimat overview berkaitan Penjara Negeri Kedah dan taklimat ringkas berkaitan Perintah Kehadiran Wajib (PKW). Delegasi seterusnya dibawa melawat ke Bengkel Prospek Wanita bagi memberi pendedahan berkaitan program pemulihan dan latihan yang diberikan kepada prospek sepanjang menjalani hukuman pemenjaraan dan mengakhiri lawatan, delegasi dibawa untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat rotan ke atas prospek yang dilaksanakan di Klinik Penjara Pokok Sena. Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini telah mencapai objektifnya untuk merapatkan jurang komunikasi antara institusi kehakiman dan jabatan penjara. Usaha berterusan amat diperlukan bagi memastikan sistem keadilan jenayah berjalan dengan lancar, adil, dan berkebajikan. #jabatanpenjaramalaysia #penjaranegerikedah #mahkamah #satuhati #fyppppppppppppppppppppppp
Penjara Pokok Sena Official
Region: MY
Monday 07 September 2026 09:11:55 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @penjarapokoksenaofficial, please go to the Tikwm
homepage.