@bernamatvofficial: Enam individu termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika merentasi laluan Gunung Trans Gerah, Lojing, Gua Musang berjaya dihubungi dan memaklumkan mereka berada dalam keadaan selamat, hari ini. Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Samad Othman berkata pihaknya menerima maklumat tentang keadaan kumpulan berkenaan kira-kira 5.30 petang tadi selepas ahli keluarga berjaya menghubungi seorang daripada malim gunung yang menyertai kumpulan tersebut. “Kita cuma boleh sahkan mangsa sudah dapat dihubungi, mereka memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa mereka dalam keadaan selamat. “Bagaimanapun, kita belum jumpa mangsa lagi sebab mereka masih berada di lokasi pendakian dan pasukan penyelamat akan bergerak untuk bertemu dengan mereka sebelum membawa keluar sama ada hari ini atau esok. Mereka dipercayai berada dalam kawasan Perak,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata keadaan sebenar semua mangsa termasuk kemungkinan ada antara mereka yang mengalami kecederaan masih belum dapat disahkan sehingga pasukan penyelamat berjaya menemukan mereka. #digitalbernamatv #gunungtransgerah