@ismailsabrirasmi: Pagi tadi saya menyampaikan ucaptama dan merasmikan Simposium Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2026 bertemakan “Bersama Mengangkat Tamadun Ilmu Melayu” di Universiti Putra Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai sejarah panjang sebagai bahasa perdagangan, diplomasi, persuratan, agama dan pentadbiran serta pernah menjadi lingua franca di Alam Melayu dan Nusantara. Melalui bahasa inilah ilmu, pemikiran dan nilai kehidupan diwariskan dari satu generasi ke generasi. Dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI), Bahasa Melayu perlu diperkaya dengan lebih banyak kandungan berkualiti. Penerimaan 44 manuskrip berkaitan teknologi maklumat, AI dan dunia digital membuktikan Bahasa Melayu mempunyai ruang luas untuk berkembang dalam bidang-bidang baharu. Sebanyak 1,093 manuskrip diterima melalui simposium ini, mencerminkan potensi besar penulis, penyelidik dan pemikir dalam memperkayakan khazanah ilmu Bahasa Melayu. Generasi muda juga perlu diberi ruang untuk menjadi penghasil ilmu melalui penulisan dan penyelidikan. Semoga simposium ini menjadi titik tolak kepada gelombang baharu penulisan, penyelidikan dan pembangunan ilmu, sekali gus membawa Bahasa Melayu lebih jauh ke pentas dunia. Tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur dan rakan strategik, serta terima kasih kepada Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia atas jemputan yang cukup bermakna ini.
Ismail Sabri Yaakob
Region: MY
Monday 07 September 2026 13:54:18 GMT
Music
Download
Comments
sallehtarmidi :
Dato' yg terbaik
2026-09-09 09:34:07
0
Jauzi Izran :
❤️❤️❤️
2026-09-07 14:38:04
0
To see more videos from user @ismailsabrirasmi, please go to the Tikwm
homepage.