@mediaselangor: Sebanyak 41 penerbangan ke Jakarta (CGK) di lapangan terbang seluruh negara dibatalkan hari ini susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta berikutan abu gunung berapi yang terhasil akibat letusan Anak Krakatau. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan pembatalan itu melibatkan penerbangan yang dijadualkan antara 6.45 pagi hingga 11.55 malam ini. “Jumlah pembatalan tertinggi direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan 30 penerbangan, iaitu 20 di Terminal 1 dan 10 di Terminal 2,” menurut MAHB. #MediaSelangor #GunungBerapi #Indonesia #MAHB