@dt23347: Went a little transition crazy mb😭 #howitfeelstocookayummymealasaboy #cooking #trend #edit #yammyfood

BʅαƈK
BʅαƈK
Open In TikTok:
Region: IE
Monday 07 September 2026 18:34:00 GMT
6396
436
16
115

Music

Download

Comments

diavolo722
WRY :
true chef
2026-09-07 19:26:05
12
mifti.ifti
mifti ifti :
false, everyone knows Gordon Ramsay is the best housewife
2026-09-07 20:13:42
0
marton04
☆marton☆ :
itachi cooking
2026-09-07 19:41:12
0
stealabrainrottrader5540
I wipe my ass with Israel flag :
don't dis my man bro his food at sub 3
2026-09-07 19:51:20
0
maisfresser
JOSHY🌵 :
Hi
2026-09-07 20:14:50
0
To see more videos from user @dt23347, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

MELAKA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular meminta ‘duit kopi’ RM200 dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan peras ugut, minggu lalu. Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh Muhhamad Nazirul Jasmi, 33, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, lelaki itu dengan tujuan hendak melakukan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita berusia 36 tahun dengan meminta RM200 untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tepi Sungai Melaka, Kampung Morten di sini kira-kira 7.15 malam 1 September 2026. Berdasarkan fakta kes, mangsa bersama adiknya ketika kejadian mendapati telefon bimbitnya jenis iPhone 17 Pro Max hilang sebelum tertuduh mendekatinya memaklumkan rakannya sedang mengejar individu yang mengambil telefon bimbitnya itu. Tertuduh kemudian menyerahkan telefon bimbit mangsa dan meminta duit kopi RM200 sebelum menurunkannya kepada RM50. Mangsa yang ketakutan dan curiga enggan memberikan wang kerana mahu membuat laporan polis namun tertuduh enggan memberikan nombor telefonnya sebaliknya meminta RM10 atau RM20. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Syauqi Mardia Baharudin memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana tindakan bahaya tertuduh telah mendatangkan ketakutan kepada mangsa di kawasan tumpuan pelancong itu. Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan kerana menanggung emaknya. Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, mahkamah mengarahkan tertuduh dipenjara empat bulan dari tarikh ditangkap pada 3 September lalu. Media sebelum ini  melaporkan, polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian seluk saku di Kampung Morten selepas kejadian itu tular menerusi media sosial Threads. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas dilaporkan berkata, berdasarkan rakaman video yang tular, seorang lelaki dipercayai mengambil telefon bimbit milik seorang wanita secara pickpocket sebelum berpura-pura membantu mencari telefon berkenaan. Setelah telefon tersebut ditemui, lelaki berkenaan dipercayai meminta wang sebanyak RM200 sebagai ‘duit kopi’ sebelum meninggalkan lokasi. Semakan lanjut mendapati suspek pernah beberapa kali ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah dan didapati positif ujian air kencing. #mahkamah #melaka

About