@mediaselangor: Teknologi kawalan tikus dan haiwan perosak bakal diteroka bagi membantu meningkatkan hasil sawah menerusi kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama pihak industri. Pengarah Putra Science Park UPM, Prof Dr Samilah Roslan berkata kerjasama itu memberi fokus kepada pembangunan teknologi kawalan tikus dan haiwan perosak yang boleh digabungkan dengan teknologi UPM di kawasan sawah. #MediaSelangor #KlikSemasa #UPM