@ipk.tv5: KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Tertinggi Parti Wawasan Negara merangkap Presiden Pertubuhan Negarawati Tanahair, Hajah Bibi Sunita, mempersoalkan layanan kerajaan terhadap warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah, selain menggesa supaya penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara lebih tegas dan telus. Beliau berkata demikian susulan kehadirannya ke satu sesi libat urus anjuran Kementerian Perpaduan Nasional berkaitan cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, di mana beliau mendakwa terdapat penyertaan sebuah persatuan mewakili komuniti Rohingya. Menurutnya, perkara itu menimbulkan persoalan kerana beliau mendakwa wakil pertubuhan tempatan tidak menerima jemputan rasmi, sedangkan persatuan yang mewakili komuniti warga asing pula diberikan ruang dalam sesi tersebut. "Persoalannya, bagaimana persatuan yang mewakili warga asing tanpa dokumen boleh dijemput sedangkan rakyat tempatan sendiri tidak diberi ruang sewajarnya?" katanya. Hajah Bibi turut membangkitkan kebimbangan terhadap kelemahan pemantauan dan pelaksanaan undang-undang berkaitan pendatang tanpa izin, yang menurutnya boleh membuka ruang kepada aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia jika tidak ditangani secara berkesan. Beliau menyifatkan kelemahan tadbir urus serta isu integriti dalam penguatkuasaan sebagai antara faktor yang boleh menjejaskan imej negara dan menghalang Malaysia daripada terus maju sebagai sebuah negara yang pernah digelar antara "Harimau ASEAN". Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan memberi keutamaan kepada penyelesaian masalah rakyat tempatan seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, kadar kebankrapan golongan muda serta kesukaran memiliki rumah. Beliau juga menarik perhatian terhadap isu komuniti peribumi di Sabah, Sarawak dan Labuan yang menurutnya masih berdepan masalah dokumentasi walaupun telah lama menetap di negara ini. Sehubungan itu, Hajah Bibi menggesa kerajaan memberikan penjelasan berhubung dasar dan tindakan terhadap pengurusan warga asing tanpa dokumen, selain memastikan pelaksanaan undang-undang dilakukan secara adil dengan mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia. @Negarawati Tanahair @Gurdip Kaur @GV Ride RA @IPD MEDIA

IPK.TV
IPK.TV
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 08 September 2026 02:43:49 GMT
30912
2312
261
415

Music

Download

Comments

user5963411726579
azmañ :
bila dah tukar kerajaan jangan pulak jadi sama juga
2026-09-08 03:32:37
119
ros_linda19
DOTY :
dah nk gila kerajaan ni😡
2026-09-08 03:33:53
195
hatankhalid86
Retro Malaysia :
kerajaan ni harus di kubur kan segera ni
2026-09-08 04:06:27
122
jeyaraj2606
Jeyaraj2606 :
semua dlm kerajaan nak sakau dgn roro
2026-09-08 03:40:29
89
shahezan.abdullah
kjai :
pm jgn lah slow sangat
2026-09-08 03:41:31
30
hassanmas09
Hassan :
kerajaan gagallllllll
2026-09-08 03:33:46
67
loksam483
Hakim Hamba Allah :
Dalam soalan puan dah ade jawapan
2026-09-08 03:32:31
23
sempurna_matahari
siti abu :
boleh kah puan Dan rakan2 pun bertemu dgn menteri yg berkaitan bincang untuk solution masaalah rohingya ni. bincang cara baik. dgn viral ni tk dpt bertukar2 fikiran tuk solve problem ni. penatlah rakyat nk hadapi masaalah ini.
2026-09-08 08:26:12
10
one9020
one :
senang cerita puan Malaysia dh gila
2026-09-08 05:58:35
11
curigaboysroom
suriga :
jahanam dah negara kita skg ni oiiiii
2026-09-08 07:34:35
12
esham75
esham75 :
kerajaaan ada agenda ..rkyt je xtau....nanti dh bocor baru spin...
2026-09-08 07:14:09
9
user8843399073791
Sera Barengg :
kerajaan dah lingkup ..tanda2 jatuhnya kerajaan digara2.GENG KUAT MAKAN RASUAH....
2026-09-08 04:48:59
18
haryboy14
haryboy14 :
parti wawasan perlu menang jadi menteri ...berwibawa sungguh
2026-09-08 08:00:54
6
_cikpuanmunah1234
user6264180352998 :
betul tu .anak saya smpai skrag tak da kerja lg
2026-09-08 04:47:06
12
abaah694
∆BAH69° :
diorang ni lagi layak jadi menteri
2026-09-08 03:52:37
12
haziqpopo
Haziq :
Bodoh nya kerajaan kita sekarang ni dgr pon panas
2026-09-08 07:26:53
7
wan_6119
วัน :
melampau!!! takkan nak tgok je!!!
2026-09-08 04:52:53
5
user792159510
subali :
sepatut ROS ambil tindakan
2026-09-08 04:28:09
5
nadzli.ali
nadzli ali :
sume lepas tangan. dah kenyang dah
2026-09-08 03:26:16
6
seagaran
Lucky :
Saudara seagama....[Victory]
2026-09-08 05:26:16
3
zakwan3702
Zakwan :
Kerajaan haprak!!
2026-10-09 16:37:54
4
murasaki.88
EIGHTyEIGHT_Y🅰️NKI :
kerajaan Malaysia ni bodoh ke apa..🤣🤣🤣
2026-09-11 17:02:26
4
user74197938213823
Luckyman :
Kerajaan dah sesat ke?
2026-10-13 06:41:07
2
mana_00077
Asal :
KASI SIASAT SAMA DIA
2026-09-26 21:57:11
1
mimah0059
Mimah59 :
kerajaan madani da msuk air tak blih nak fikir mana elok dgn tak elok
2026-09-09 11:13:44
1
To see more videos from user @ipk.tv5, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About