@depth.studio3: 12 saat. Itu sahaja masa yang diperlukan oleh CL-415MP untuk menyedut lebih 6,000 liter air sebelum terus terbang ke lokasi kebakaran. ✈️💧 Pesawat amfibia milik Maritim Malaysia ini bukan sekadar boleh mendarat di air, malah mampu meluncur di permukaan laut atau tasik sambil mengisi tangki air dalam masa yang sangat singkat. Selepas tangki penuh, ia terus mendaki dan menggugurkan ribuan liter air ke kawasan kebakaran bagi membantu memperlahankan penyebaran api. Teknologi, kepakaran juruterbang dan koordinasi operasi menjadikan setiap saat amat kritikal dalam misi pemadaman dari udara. Kalau diberi peluang, nak tengok CL-415MP buat water scooping secara depan mata? #MaritimMalaysia #CL415MP #PesawatPemadam #Wildfire #kebakaranhutan