@lobakmerahmy: Selepas mengharumkan nama Malaysia di pentas Miss World 2026, Taanusiya kini akui sudah mula rindu untuk kembali ke tanah air. Menerusi perkongsiannya di Threads, Taanusiya berkongsi dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah, selain merindui makanan pedas, matcha dan rutin di 'gym'. Dia juga sempat menjawab persoalan ramai mengenai kepulangannya di mana dia masih belum pasti bila akan kembali. Bagaimanapun, dia berharap apabila tiba masanya nanti, dia dapat mengabadikan detik kepulangannya yang istimewa bersama rakyat Malaysia. Sumber: Threads taanusiyaa_