@utusansarawak: MIRI: Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tukau, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Miri, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar 8.25 pagi. Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. “Siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 27 tahun dalam perjalanan dari arah bandar Miri menuju ke Jalan Bakam. “Ketika pemandu kereta berkenaan memasuki simpang kanan di Jalan Tukau, kenderaan itu dilanggar motosikal yang ditunggang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Farhan berkata, pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan. #kemalanganjalanraya #utusansarawak #beritatiktok #miri

Utusan Sarawak
Utusan Sarawak
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 08 September 2026 07:33:39 GMT
3589
50
1
5

Music

Download

Comments

jafarsawal
jafarsawal :
Al-fatihah salam takziah 🥺 buat sepupu kmk ya 😭
2026-09-08 07:42:11
0
To see more videos from user @utusansarawak, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About