@berita.ks: KUALA LUMPUR, 8 Sep – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Ahmad Yahya berkata tindakan dan pendirian DAP ketika ini menjadi antara faktor yang mendorong UMNO dan PAS kembali duduk bersama dalam usaha memperkukuh perpaduan Melayu-Islam. Beliau malah mengucapkan terima kasih kepada DAP kerana menyifatkan sikap parti itu membuka ruang kepada kedua-dua parti yang sebelum ini berbeza pendekatan untuk kembali merapatkan hubungan. “Kalau DAP tidak mengambil sikap-sikap sekarang, mungkin PAS dan UMNO tidak boleh duduk seperti hari ini. Kerana tindakan-tindakan mereka menyebabkan hari ini kita boleh duduk sekali seperti ini,” katanya pada Multaqa Ilmuan Islam Malaysia 2.0, hari ini. Menurut Ahmad, pertemuan antara institusi ulama UMNO dan PAS membuktikan usaha penyatuan bukan lagi sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui tindakan. Beliau berkata keadaan politik semasa yang menyaksikan kuasa politik Melayu dan Islam berdepan cabaran menuntut kedua-dua pihak mengutamakan perpaduan demi memastikan negara terus aman dan sejahtera untuk generasi akan datang. Bagaimanapun, Ahmad berkata perpaduan Melayu-Islam tidak bermaksud mengetepikan atau menzalimi kaum lain, sebaliknya bertujuan memelihara negara serta memastikan keadilan untuk semua. Beliau turut menyifatkan kehadiran wakil UMNO dalam program PAS dan sebaliknya sebagai perkembangan positif. “Mudah-mudahan pertemuan ini membuahkan hasil yang hebat, sama-sama kita laksanakan apa yang paling utama. Keutamaan kita sekarang ialah penyatuan,” ujarnya. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Tuesday 08 September 2026 07:49:54 GMT
Music
Download
Comments
EIGHTyEIGHT_Y🅰️NKI :
bangkit la melayu .jangan berpecah .lawan parti DAP dan sekutunya..
2026-09-08 09:45:59
3
user82940826965072 :
🥰🥰🥰
tapi kat
Kelantan, Kedah, terengganu dan Perlis
tak bersama umno
2026-09-08 08:10:10
2
Jamaliah1765 :
Alhamdulillah.
2026-09-08 08:16:27
1
Bubblegum :
Wah.. Baru terbuka hati nya ber ceramah.
2026-09-08 09:59:29
1
AzLee KingsFC :
2026-09-08 09:08:01
2
michaelmike825 :
DAP Terima kaseh pada pas merana Terima PARTI sakau Wang tabong haji Dan felda 🤣🤣🤣🤣🤣🤣👌👌
2026-09-09 05:26:33
0
Public Enemy :
2026-09-09 04:30:43
0
KANDA SA PROTON & e.MAS :
🤣🤣🤣 Tanpa DAP senanglah PAS N UMNO NK SAKAU
2026-09-09 12:34:42
0
Mohd nasir :
ANGAN ANGAN NI
2026-09-08 11:55:29
0
miraaziz558 :
2026-09-10 07:39:28
0
Mas bro :
jika ustaz 2 berpolitik bencana sana sini tdk terasa seperti anai2 lambat laun hancur berkecai
2026-09-08 11:10:23
0
Ten Ben :
bn pas gabung satu perkara yang baik tapi tak dapat cermerlang kan Malaysia
kenapa sebab kamu tak ada perubahan
tak caya tunggu 20 tahun jika Malaysia akan maju dan langkah depan😝 tak ada bangsa lain di negara ini pn pas ke bn ke semua tak jadi apa... 😇
2026-09-08 10:49:44
0
Scheffleradracaena :
😂😂😂😂sifat sifat macam bendera tak cukup sifat di trengganu. BN + PN akan tak cukup sifat juga. 😂😂😂😂Hanya tunggu siapa ada pisau paling tajam.
2026-09-08 23:02:28
0
Ash Sh :
Alhamdullilah
2026-09-08 10:51:58
1
Francis Phang :
PAS 🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡
2026-09-26 01:27:54
0
ampal_1975 :
Meratib lagi dapdipdup, hihihi tunggang lagi🤭🤭🤭
2026-09-08 09:26:50
0
Khomenei :
Umno terengganu dah jd sgt bangsat org umno trg tahu perangai sebenar pas penyatuan hanya untuk kuasa sakau penipu
2026-09-08 22:42:38
0
michaelmike825 :
DAP bijak tak duduk dengan pencuri perawah Dan Kaki fitanah 🤣🤣🤣🤣😂😂
2026-09-09 05:24:43
0
Syahiran Muhammad :
😆😆😆
2026-09-08 09:44:04
0
🤓 Rain Sazic 😎 :
🤣
2026-09-08 19:49:05
0
Nora Ashikin :
😁😁😁
2026-09-08 08:01:02
0
Alyzmans Man :
😁😁😁
2026-09-08 08:33:04
0
Jiang Jiang :
sebad dap lawan rasuah.kalau dap tak lawan rasuah pas tak akan bersama BN.[爆笑]
2026-09-27 06:54:04
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.