@beritartm: KUALA LUMPUR, 8 September - Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala Kuantan bergerak perlahan susulan sebuah kenderaan dipercayai lori tangki terbakar di Kilometer 34 arah Timur, petang ini. Menurut maklumat trafik pada 2.31 petang, kejadian itu menyebabkan lorong kiri lebuh raya berkenaan terhalang dan kesesakan dilaporkan sepanjang 4.6 kilometer. Rakaman asap hitam tebal dari kenderaan berkenaan turut tular, dengan pengguna media sosial mendakwa kejadian berlaku sekitar Genting Sempah menghala Bentong. Penerbit: Rekha Sevaloga Nathan Sumber Foto/Visual: LLM/Orang Awam Yang sahih di RTM #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja