@vocket: Fenomena El Nino berintensiti sangat kuat atau Super El Nino pada penghujung tahun ini dijangka membawa cuaca panas dan kering ekstrim di negara ini, dengan beberapa kawasan berpotensi merekodkan suhu sehingga 40 darjah Celsius antara Januari hingga Mei 2027. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata berdasarkan ramalan model iklim daripada pusat pencerapan dan penyelidikan antarabangsa, kebarangkalian berlakunya fenomena berkenaan kini menghampiri 100 peratus. Justeru, beliau memberi amaran, peningkatan suhu dan cuaca panas yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko gelombang haba serta memberi kesan terhadap kesihatan, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang melakukan aktiviti di luar. "Keadaan panas dan kering berpanjangan juga menjadikan kawasan vegetasi lebih mudah terbakar, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu, sama ada pada skala tempatan mahupun rentas sempadan," katanya. Sumber: Berita Harian #trending

vocket
vocket
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 08 September 2026 09:56:22 GMT
1850
43
1
9

Music

Download

Comments

innamal.amalu.bin4
innamal a'malu Binniyat :
Alhamdulillah
2026-09-08 10:16:38
0
To see more videos from user @vocket, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About