@berita.ks: KUALA LUMPUR, 8 Sep - Akta baharu yang menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak boleh mewujudkan sekatan baharu terhadap mahasiswa dan ahli akademik. Timbalan Perdana Menteri, Dato‘ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbahasan AUKU tidak lagi perlu tertumpu kepada persoalan sama ada akta itu dikekalkan atau dimansuhkan kerana kerajaan sudah memutuskan untuk memansuhkannya. Sebaliknya, beliau berkata, perhatian perlu diberikan kepada kerangka perundangan dan tadbir urus baharu yang memberi autonomi lebih besar kepada universiti, selain memastikan kebertanggungjawaban dapat diukur. "Jangan sekat mahasiswa melalui cara lain. Jangan juga sekat ahli akademik melalui cara lain. "Sebab itu pada konvensyen ini, kita meletak kepercayaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi (Dato‘ Seri Dr Zambry Abdul Kadir) untuk menterjemahkan tanggungjawab dan harapan bersama ini kepada tindakan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, di sini, hari ini. Kredit Foto: BERNAMA #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 08 September 2026 09:58:33 GMT
1909
19
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About