@bukuibde_: Menurut Leon Comber dalam Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945–60, matlamat PKM di Malaya dan Singapura adalah sama, iaitu menggulingkan kerajaan penjajah British dan menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya. Namun, ada perbezaan taktikal di kedua-dua wilayah ini. Chin Peng, Setiausaha Agung PKM, mengambil pendekatan “Maois” dengan memasuki hutan dan pedalaman untuk membuka wilayah bebas lalu menguasai kawasan yang berpenduduk, mencetuskan huru-hara dalam kalangan pegawai kerajaan, penoreh getah dan pelombong bijih timah, sekaligus merencatkan ekonomi dan akhirnya melakukan serangan di seluruh negara untuk mengalahkan pasukan keselamatan kerajaan. Sebaliknya, pendekatan “Leninis” yang digunakan di bandar Singapura pula bertujuan melemahkan lalu merampas kawalan ke atas pertubuhan-pertubuhan terbuka seperti gerakan buruh, sekolah-sekolah Cina, organisasi kebudayaan, termasuklah Parti Tindakan Rakyat (PAP atau People’s Action Party) apabila parti tersebut naik ke tampuk kekuasaan pada bulan Jun 1959, tanpa mencetuskan perang gerila. #BukuIBDE #MenterjemahDunia #MalaysiaMembaca #BookTokMalaysia #CadanganBuku #Merdeka #SejarahMalaysia #Malaysiaku #MerdekaMalaysia
Buku IBDE
Region: MY
Tuesday 08 September 2026 12:00:35 GMT
Music
Download
Comments
suffianali013 :
Nasib baik mata mata gelap Malaya bukan mata mata gelap Melayu
2026-09-09 01:48:14
1
To see more videos from user @bukuibde_, please go to the Tikwm
homepage.